Seorang yahudi bertanya "Katakanlah kepada kami apakah pahala yanag akan didapati oleh orang yang solat"
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, Solat
Zohor, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang
mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api
neraka Jahanam pada hari kiamat"
Sabda Rasulullah s.a.w lagi..
"Manakala Solat Asar, adalah saat dimana Nabi Adam a.s memakan buah
Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir"
Setelah itu rasulullah s.a.w membaca ayat yang bermaksud:
"Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan,
Solat Maghrib itu adalah saat di mana taubat nabi Adam a.s diterima.
Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat maghrib kemudian meminta
sesuatu daripada Allah maka Allah perkenankan"
sabda Rasulullah s.a.w...
"Solat Isyak (attamah). katakan kubur itu adalah sangat gelap dan
begitu juga pada hari kiamat, maka seorang Mukmin yang berjalan dalam
malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isyak berjemaah, maka
Allah s.w.t haramkan daripadanya terkena nyalanya api neraka dan
diberikan cahaya untuk menyeberangi titi sirath"
sabda rasulullah s.a.w seterusnya...
"Solat subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama
40hari secara berjemaah, diberi oleh Allah s.w.t dua kebebasan iaitu"
- Dibebaskan daripada api neraka
- Dibebaskan daripada nifaq (Sifat Munafiq)
Perkongsian dari buku : "Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda
Malu Bertanya"
Penulis : "Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir"